Penghakiman Persetujuan - BA-22NCvC-466-11/2022
DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM
DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA
GUAMAN NO: BA-22NCvC-466-11/2022

ANTARA

SUSHIVID SDN BHD
[NO. SYARIKAT: 201501036756 (1162077-X)]...........PLAINTIF

DAN

1. PETER SIEW (NO. K/P: 930830-10-5145)
2. KATHRYN SEE SIEW LIN (NO. K/P: 931001-08-6770)
3. TUN NOR PUTRY BINTI TUN MUSTAKA KAMAL (NO. K/P: 951227-10-6752)
4. MUHAMMAD IQBAL BIN KHAIRUL AZHAR (NO. K/P: 951028-08-6605)
...........DEFENDAN

DI HADAPAN HAKIM
NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT
PADA 25 FEBRUARI 2026
MAHKAMAH TERBUKA
PENGHAKIMAN PERSETUJUAN

TINDAKAN INI telah ditetapkan untuk Bicara pada hari ini, DAN DALAM KEHADIRAN Mathew Thomas Philip (Rachel Ng Li Hui dan Muhammad Ferhat bin Mohd Jafri bersamanya), peguamcara bagi pihak Plaintif, Joshua Kong Jun Wai (Clara Oi Ai Leen bersamanya), peguamcara bagi pihak Defendan-Defendan Pertama dan Ke-2, dan Salina Binti Zolkifli (Rafiqi bin Maslan bersamanya), peguamcara bagi pihak Defendan-Defendan Ke-3 dan Ke-4,

MAKA ADALAH PADA HARI INI DIHAKIMKAN SECARA PENGHAKIMAN PERSETUJUAN DI ANTARA PLAINTIF DENGAN DEFENDAN-DEFENDAN PERTAMA DAN KE-2 SAHAJA BAHAWA:

1. Defendan Pertama bersetuju untuk membayar kepada Plaintif jumlah-jumlah seperti yang dinyatakan di bawah ("Jumlah Penyelesaian") sebagai penyelesaian penuh dan muktamad bagi tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan Pertama dan Ke-2 dalam tindakan ini:

(a) Defendan Pertama bersetuju untuk membayar kepada Plaintif jumlah sebanyak RM130,000 (Ringgit Malaysia Satu Ratus Tiga Puluh Ribu Sahaja) melalui 15 ansuran bulanan masing-masing sebanyak RM8,000 dan 1 ansuran bulanan terakhir sebanyak RM10,000, yang hendaklah dibayar pada hari pertama setiap bulan kalendar, bermula dari 1 April 2026 sehingga penyelesaian penuh dan muktamad Jumlah Penyelesaian tersebut; dan

(b) Kesemua bayaran di perenggan 1(a) di atas hendaklah dibuat melalui 'post-dated cheques' atas nama Plaintif, dan kesemua cek tersebut hendaklah diserahkan dan/atau dihantar kepada peguamcara Plaintif pada atau sebelum 15 Mac 2026.

2. Sekiranya terdapat sebarang keingkaran, cek tidak layan ('dishonoured cheque') dan/atau kegagalan untuk membayar ('non-payment') mana-mana satu bayaran ansuran sepertimana yang dinyatakan di perenggan 1 di atas, keseluruhan Jumlah Penyelesaian (tolak apa-apa bayaran yang telah dibuat oleh Defendan Pertama) adalah dengan serta-merta menjadi terhutang dan perlu dibayar oleh Defendan Pertama sepenuhnya.

3. Plaintif berhak, tanpa sebarang notis dan/atau rujukan lanjut kepada Defendan Pertama, untuk mengambil apa-apa tindakan pelaksanaan dan/atau prosiding penguatkuasaan yang perlu termasuk tetapi tidak terhad kepada writ penyitaan dan penjualan, garnismen, ke bankrapan, dan/atau apa-apa relif lain yang dibenarkan undang-undang sekiranya keingkaran berlaku.

4. Defendan Pertama bersetuju untuk memberikan suatu Permohonan Maaf dalam Bahasa Inggeris untuk dibacakan di hadapan Plaintif di Mahkamah dan kandungannya telah dipersetujui di antara Plaintif dan Defendan Pertama. Pihak-pihak bersetuju untuk tidak menyiarkan, menyebarkan, menunjukkan dan/atau menjadikan sedia ada kepada orang awam dan mana-mana pihak-pihak ketiga, pada bila-bila masa, apa-apa deraf Permohonan Maaf yang telah disediakan dan/atau dipinda oleh pihak-pihak bagi tujuan Penghakiman Persetujuan ini.

5. Pihak-pihak tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan-tuntutan (samada sivil atau jenayah) terhadap satu sama lain yang berbangkit daripada subjek tindakan ini. Sekiranya terdapat apa-apa tuntutan daripada pihak-pihak ketiga tentang atau berkaitan dengan isu-isu dalam tindakan ini, pihak-pihak berhak untuk bergantung kepada, antara lain, terma-terma Penghakiman Persetujuan ini untuk membuktikan kebenaran ("truth") tentang tindakan ini dan penyelesaiannya.

6. Defendan Pertama bersetuju untuk menjadi saksi atau saksi subpoena (yang mana adalah wajar dan sesuai) bagi tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan Ke-3 dan Ke-4, serta menyediakan dan mendedahkan segala dokumen dan maklumat yang berada dalam milikan, jagaan atau kawalannya yang berkaitan, dan memberikan segala bantuan munasabah bagi tujuan prosiding tersebut dan/atau isu-isu berbangkit.

7. Tiada perintah terhadap kos terhadap kesemua prosiding dalam Guaman ini di antara Plaintif dengan Defendan-Defendan Pertama dan Ke-2. Defendan-Defendan Pertama dan Ke-2 melepaskan hak-haknya terhadap kos sebanyak RM19,760 untuk Kandungan-Kandungan 32, 33, 93 dan 94. Plaintif melepaskan hak-haknya terhadap kos sebanyak RM2,100 untuk Kandungan-Kandangan 82 dan 83.

Bertarikh pada 25 Februari 2026.

MUHAMMAD AMIR ZAINUL MUTTAQIN BIN MOHD ZAMRI
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya
Shah Alam
...............................................
Penolong Kanan Pendaftar
Mahkamah Tinggi Malaya
Shah Alam

PENGHAKIMAN PERSETUJUAN ini difailkan oleh Tetuan Daljit Singh Partnership, peguamcara bagi pihak Defendan-Defendan Pertama dan Kedua yang dinamakan di atas yang mempunyai alamat penyampaiannya di Unit 301, Level 3, Block B, Pusat Perdagangan Phileo Damansara 2, No.15, Jalan 16/11, Off Jalan Damansara, 46350 Petaling Jaya, Selangor.

Tel: 03-7932 0777
Faks: 03-7932 2095
Ruj: 20220464.5
Emel: [email protected]

Click here to view original pdf for the Fair Consent Judgment filing